Hasil Pencarian  ::  Simpan CSV :: Kembali

Hasil Pencarian

Ditemukan 14 dokumen yang sesuai dengan query
cover
Teuku Jacob
Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya, 1988
306.4 JAC m
Buku Teks  Universitas Indonesia Library
cover
Abstrak :
Kertas kerja ini menunjukkan bagaimana aplikasi taburan kebarangkalian dalam pemodelan sifat pertumbuhan lubang pengaratan sebagai fungsi masa bagi struktur tangki ballast kapal laut. Model yang dicadangkan berkeupayaan meramal corak pertumbuhan yang sebenar di masa hadapan tanpa mengambil kira faktor kebergantungan yang pada kebiasaannya mempengaruhi kadar pertumbuhan karat seperti faktor persekitaran, sifat bahan binaan dan juga faktor operasi. Untuk menggambarkan secara tepat serakan dimensi pengaratan yang tinggi yang sering menyebabkan ketidakpastian dalam penilaian pengaratan, taburan kebarangkalian Weibull telah dicadangkan supaya ramalan kedalaman pengaratan di dalam tangki ballast kapal laut di masa hadapan dapat dijalankan. Kajian jelas menunjukkan data pengaratan yang digunakan dipengaruhi oleh ketidakpastian disebabkan oleh faktor pengaratan marin itu sendiri seperti yang ditunjukkan oleh keputusan korelasi yang lemah di antara purata kedalaman lubang karat dan umur kapal. Di sebalik masalah yang dinyatakan, kajian ini masih mampu menunjukkan bagaimana penggunaan data pengaratan dapat dioptimakan bagi tujuan penilaian keutuhan struktur. Keputusan perbandingan di antara data sebenar dan data ramalan telah menunjukkan keputusan dengan ketepatan yang sederhana berdasarkan nilai ralat yang dikira menggunakan kaedah Root-Mean-Square-Error (RMSE) tetapi berpotensi jika lebih banyak data berkualiti dapat diperolehi. Model yang dicadangkan bertujuan untuk memudahkan proses pemodelan agar data yang diperolehi dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan ramalan dan penilaian keutuhan struktur.
620 MJCE 19:2 (2007)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
Abstrak :
Kertas kerja ini membentangkan satu kaedah bagi memodel dan menganalisis papak rencam dek keluli-konkrit bagi mendapatkan gerak balas kuasi-statik dengan menggunakan analisis unsur terhingga dinamik tak lelurus. Sebuah model unsur terhingga tigadimensi bagi papak rencam dek keluli-konkrit telah dibangunkan dan dianalisis dengan menggunakan modul perisian ABAQUS/Explicit. Pertimbangan utama yang telah diambil kira dalam model berkenaan adalah retakan rapuh tegangan pada konkrit, kelakunan ikatan ricih ufuk antara konkrit dengan dek keluli, dan kawalan analisis. Ciri ikatan ricih bagi model papak telah diterbitkan daripada data ujian lenturan. Kaedah pemodelan dan analisis unsur terhingga yang diterangkan di sini untuk papak rencam dek keluli-konkrit yang gagal secara gabungan antara retakan rapuh tegangan konkrit dengan gelincirin ricih ufuk telah berjaya menghasilkan gerak balas papak rencam yang tepat berbanding dengan data ujikaji lenturan.
620 MJCE 19:2 (2007)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
Abstrak :
Struktur marin akan mengalami kerosakan dan kemerosotan semasa hayatnya akibat terdedah kepada persekitaran agresif yang berterusan. Kerosakan dan kemerosotan boleh mendatangkan kesan ke atas prestasi dan kegunaan struktur tersebut. Kertas kerja ini membentangkan pembangunan satu sistem penilaian status struktur konkrit marin di Malaysia. Pembangunan sistem ini merupakan satu langkah ke arah perlaksanaan penyenggaraan terancang. Sistem penilaian keadaan yang dicadangkan adalah berdasarkan kaedah Indeks Keadaan yang telah dibangunkan oleh U.S Army Corps of Engineers. Penilaian keadaan yang dibuat mengambil kira tahap kemerosotan yang diperhatikan semasa kerja pemeriksaan. Kaedah Indeks Keadaan Berfungsi digunakan untuk menentukan Indeks Keadaan struktur. Data di lapangan melalui pemeriksaan visual ke atas struktur konkrit dermaga telah dikumpulkan. Tiga jenis kemerosotan dipertimbangkan dalam penilaian iaitu: (1) pengaratan tetulang; (2) keretakan dan (3) serpihan pada permukaan konkrit. Keputusan menunjukkan nilai Indeks Keadaan berdasarkan kaedah yang dicadangkan secara relatifnya adalah hampir dengan nilai yang ditentukan oleh penilai pakar. Sistem Penilaian Keadaan bedasarkan Indeks keadaan didapati boleh diterima dan boleh digunakan secara efektif dan berkesan untuk memantau prestasi struktur marin di Malaysia.
620 MJCE 18:2 (2006)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
Abstrak :
Kertas kerja ini membentangkan keputusan kajian makmal blok ringan konkrit apit yang diperkukuh dengan jejaring dan teras kekotak simenfero berkekuatan tinggi. Kajian tertumpu kepada kesan penggunaan pelbagai jenis jejaring serta lapisan jejaring bagi menghasilkan kekotak simenfero tersebut. Dua jenis jejaring digunakan; jejaring mata punai, dan jejaring segiempat. Keputusan ujian terhadap kekuatan mampatan, berat keseluruhan unit blok dan mod kegagalan telah diperolehi. Keputusan dibandingkan dengan sampel kawalan yang diperbuat dari blok konkrit tanpa diperkukuh. Hasilnya didapati kekuatan mampatan meningkat dengan ketara bagi sampel yang diperkukuh. Manakala berat keseluruhan unit blok memenuhi piawai bagi komponen struktur ringan. Kesan keseluruhan mendapati bahawa blok yang pada asalnya rapuh bertukar menjadi lebih mulur degan penggunaan kekotak simenfero.
620 MJCE 18:2 (2006)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
Abstrak :
Kajian ini meneliti model tupang-dan-ikat untuk analisis rasuk konkrit bertetulang yang mempunyai ketakeselanjaran geometri dalam bentuk bukaan bulat melintang di dalam web. Tiga rasuk T dengan bukaan bulat yang telah diuji oleh penulis sebelum ini dipilih dan model tupang-dan-ikat dibina untuk setiap rasuk. Keputusan ramalan berdasarkan teori untuk kekuatan muktamad, mod kegagalan dan kadar ricih kenaan yang ditanggung oleh anggota pada bahagian atas dan bawah bukaan menunjukkan perbezaan kecil degan keputusan ujikaji. Model kekuda juga menunjukkan dengan jelas kepentingan tetulang condong yang membebaskan tegasan konkrit pada keratan leher menerusi pemindahan sejumlah ricih kenaan di sepanjang ketakselanjaran.
620 MJCE 18:2 (2006)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
cover
Kronenburg, Robert
Chichester: Wiley-Academy, 2001
720.105 KRO s
Buku Teks  Universitas Indonesia Library
cover
Noble, David F.
New York: Oxford University Press, 1977
301.243 NOB a
Buku Teks  Universitas Indonesia Library
cover
Jakarta: Coconut Community (APCC), 2009
Majalah, Jurnal, Buletin  Universitas Indonesia Library
cover
Abstrak :
Analsiis mengenai peran intelijen dalam mengawal kepentingan nasional, sebagaimana tersirat dalam Pembukaan UUD 1945, bertumpu di atas atau bertitik tolak dari lima premis dasar yang saling terkait. ….
IKI 2:12 (2006)
Artikel Jurnal  Universitas Indonesia Library
<<   1 2   >>