Ditemukan 2 dokumen yang sesuai dengan query
Mohamed Salleh Said
"Duduk di pondok menunggu buah durian kahwin gugur, Mustafa memaklumkan kepada emak rancangan masa hadapannya. Emak terkejut tidak bersetuju, tetapi akhirnya merestuinya. Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Mustafa yang memperoleh pangkat pertama dalam SPM, tetapi membantah rancangan adik bongsunya itu. Tercetus pertengkaran sehingga merenggangkan persaudaraan. Walau bagaimanapun, Mustafa tetap dengan rancangannya. Dia melihat cabaran itu sebagai kesempatan untuk belajar mengaji semula Al-Quran dan mendalami ilmu agama. Saat emak mendapat serangan angin ahmar dan terlantar sehingga waktu akhirnya hayatnya, Mustafa menggalas tugas menjaganya. Setelah emak meninggal dunia, suasana musim durian tidak lagi semeriah dahulu. Sudah mula tercetus bibit perbalahan, perebutan menguasai durian kahwin yang tiada bandingan di Kampung Baharu Merbau. Adakah hubungan kedua-dua beradik ini semakin jernih atau semakin keruh? Durian kahwin, menyingkap rahsia."
Selangor: Syahida Hassan Enterprise, 2022
899.233 3 MOH d
Buku Teks SO Universitas Indonesia Library
Mohamed Salleh Said
"Seorang pesara meneruskan penyelidikan kumbang Chrysomelidae tetapi di lokasi Kepulauan Sunda Kecil. Tujuannya untuk mengemaskini biodiversiti, menyemak Garis Wallace pembatas pengagihan fana dan memburu spesies baharu. Pengalaman yang dilalui mewarnai kisah pengembaraan.
Pemburu diperas ugut pegawai perhutanan Lombok kerana tidak mempunyai surat izin. Ketika di KLIA pegawai kastam menyita spesimen kumbang atas kesalahan membawa masuk haiwan dari luar negara. Pada malam kedua di Sumbawa pemburu dibawa menghadap Sultan Sumbawa. Baginda tersenyum apabila pemburu memberitahu tujuannya memburu kumbang. Lantas baginda melontarkan pertanyaan, kenapa Alfred Russel Wallace tidak singgah di Sumbawa. Kemudian baginda menjelaskan bahawa Wallace menganggap Sumbawa sudah musnah akibat letusan gunung Tambora. Baginda memaklumkan kisah Tambora tercatat dalam kitab Syair Kerajaan Bima.
Ketika di Bima pemburu bertemu Lukman, memaklumkan hasil penyelidikan sarjana Perancis bernama Henri. Syair Kerajaan Bima dan beberapa manuskrip lain adalah bukti bahasa dan persuratan Melayu sudah bertapak di seluruh Kepulauan Melayu."
Selangor: Syahida Hassan Enterprise, 2023
899.233 3 MOH k
Buku Teks SO Universitas Indonesia Library