"Satu ujian keatas rasuk komposit dengan keratan keluli yang mempunyai web yang
berkerut secara trapezoid telah dijalankan untuk mengkaji prestasi strukturnya. Satu spesimen
rasuk komposit dengan web trapezoid berskala penuh telah diuji dengan mengenakan tindakan
momen lentur. Sebagai perbandingan, satu spesimen rasuk komposit dengan keratan keluli yang
mempunyai web rata telah juga diuji dengan cara yang sama. Pesongan, kedudukan paksi neutral,
taburan terikan disepanjang ukurdalam rasuk komposit telah diukur dan dianalisis. Keputusan
ujian menunjukkan rasuk komposit dengan web trapezoid tiada mempunyai perbezaan ketara
didalam prestasi struktur berbanding dengan rasuk komposit dengan web rata."