Ilmu pengetahuan merupakan sumber penting dalam sesebuah organisasi yang memberi kesan kepada sasaran pencapaian organisasi. Realiti ini menjelaskan kepentingan mengenal pasti aset-aset pengetahuan dan menangani jurang pengetahuan bagi menjamin aktiviti perkongsian pengetahuan adalah konsisten dan berterusan dalam sesebuah organisasi. Pejabat lanjutan merupakan organisasi perkongsian pengetahuan yang unik di mana melibatkan aktiviti perkongsian ilmu antara institusi dan komuniti demi mencapai visi dan misi institusi penggajian tinggi yang terlibat. Aktiviti perkongsian pengetahuan oleh Pusat Pembangunan Komuniti Lasallian (LCDC) yang dinaungi oleh Universiti De La Salle-Dasmarinas (DLSU-D) telah dianalisis. Hasil analisis yang telah dilakukan telah mengenal pasti jurang-jurang yang memberi cabaran dalam mencapai usaha-usaha pembangunan komuniti. Kajian ini memfokuskan dua sekitaran penyelidikan iaitu DLSU-D dan anggota-anggota organisasi bukan kerajaan (NGO) serta melibatkan dua set peserta iaitu warga fakulti LCDC dan anggota-anggota NGO dari tahun akademik 1997-1998 dan 2009-1010. Data kuantitatif dan kualitatif dalam mengenal pasti jurang-jurang diperoleh melalui audit pengetahuan yang menggunakan kaedah soal selidik, perbincangan kumpulan fokus, temu bual informan penting dan analisis dokumen. Hasil kajian juga telah mewujudkan satu kerangka yang dapat membantu institusi pengajian tinggi lain dalam menganalisis amalan penciiptaan dan perkongsian pengetahuan.